Wednesday, June 22, 2011

UNTUKMU AISHAH

Aishah,
Terlebih dahulu aku ucapkan selamat hari lahir pada 19 Februari yang lalu.

Aishah,
di sini aku di dalam bilik yang dingin keseorangan menitip sisa hidup selama 43 tahun lalu. Ya,aku masih ingat akan mu cuma kau yang menyepi diri. Masih aku teringat akan perbualan terakhir kita sebelum aku meninggalkan Saskatoon pada October 1990 dahulu. Aku masih ingat aku memanggilmu daripada pay phone Pinder's Drug(sekarang Shopper's Drug Mart).
Aku yakin pada umur kita yang sudah 40an kau sudah berpunya dan mempunyai anak.Amat beruntung suamimu kerana dapat memilikimu yang cantik jelita.Cuma jika boleh aku ingin tahu siapa dia suamimu dan apa pekerjaanmu.Pernah sewaktu reunion Commerce University of Saskatchewan di Shah Alam pada tahun 2003, aku cuba bertanya tentangmu kepada rakan2 ku tetapi tiada yang bersuara.Mungkin mereka risau aku akan marah atau pun teresak menangis agaknya.

Aishah,
aku terlalu ingin untuk menemuimu tetapi sebagaimana yang kau tahu aku sendiri khuatir jika aku akan terus marah2 seperti mana yang berlaku sewaktu aku pergi menemuimu di Thunder Bay. Kita asyik bergaduh sewaktu aku pergi melawat Lakehead University.Apakah kita akan bertegang leher juga jika kita bertemu di saat kau sudah berkeluarga ini? Aku harap tidak.

Aishah,
20 tahun tanpa berita darimu amatlah menghampakan. Aku sering bertanya apakah nanti tiada juga kemesraaan jika kita bertemu sepertimana tiadanya kemesraan sewaktu reunion Saskatchewan tahun 2003 yang lalu? Aku masih ingat sewaktu kita mula2 berkenalan di KPP/ITM  seksyen 2 Shah Alam dahulu. Kau amat pemalu tetapi aku seorang yang gila2.

Aishah,
Aku sedar siapa diriku. Aku balik ke Malaysia tanpa sekeping ijazah. Walaupun aku tidak gagal tetapi saudara mara,sahabat dan masyarakat  tetap cakap aku kantoi. Telah lebih 10 tahun aku berbudi kepada tanah milik aruah nendaku. Hanya itulah sumber pendapatanku sekarang, tidak ada kerja dalam aircond apatah lagi menggores kad kredit kesana kemari.

Aishah,
Sengaja ku titipkan bingkisanku ini dalam blog
Agar semua orang tahu aku pernah mencintai seorang wanita bernama Aishah orang Johor
Aku berdoa semoga kita boleh berbicara di dalam email atau telefon, cuma aku tiada email dan nombor hpmu
Aku tetap mencintaimu dunia dan akhirat.
Semoga kau berbahagia.

PREVIOUS ARTICLES