Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA - 53 YEARS

TODAY 31ST AUGUST 2010,
MALAYSIANS CELEBRATE 53 YEARS OF INDEPENDENCE.

Merdeka
laungan keramat itu telah bergema 53 tahun lalu
nescaya sebak hati Sultan Mahmud yang tergadai Melaka pada 1511
kerana seorang anak raja Kedah telah memerdekakan tanah airnya
biarpun hanya rohnya yang mampu melihat pembebasan itu

53 tahun bumi ini dipupuk
dengan pembangunan rohani dan jasmani
janganlah dek kerana tamak digadai apa yang kita kecapi sejak 1957 lalu

Ayuhlah, bangkitlah
oraklah langkah agar kemerdekaan ini akan terus dikecapi
sanggahlah si pendurjana bangsa
agar negara ini terus beraja di hati umat makhluk
kerna
KITA KAN TETAP GAGAH DI NUSANTARA

PREVIOUS ARTICLES